Kalau gi Langkawi, tak sah kalau tak naik cable car @ skycab. FL cuba elakkan public holiday masa nak naik skycab tu, dengan harapan tak ramai pengunjung. Rupanya masih ramai jugak pengunjung, tak kira hari apa. Kami sampai kat sana lebih kurang 1015 am, beratur beli tiket utk ride pkl 1100 am. Beratur beli tiket pun panjang, beratur nak masuk ke base station pun lagilah panjang.

Sebaik dipanggil utk boarding, pengunjung akan di bawa ke skydome terlebih dahulu sebelum dapat menaiki skycab. Di dalam skydome ni, pengunjung akan dihidangkan dengan tayangan projektor 3D untuk lebih kurang 5-7 minit. Tujuan tayangan ini adalah untuk mengisi masa beratur yang sangat lama.
Tetapi, sebelum masuk ke skydome ni, pengunjung akan berhadapan dengan beberapa orang pekerja Panorama Langkawi Sdn Bhd yang menjaga photo booth di situ. Dengan gaya bahasa yang agak kasar, pengunjung seolah dipaksa untuk bergambar di photo booth tersebut. Bila menolak, mereka akan mengatakan gambar hanya untuk tujuan “rekod” sahaja, bukan untuk jualan. Apa yang nak direkodkan? Kita bukan penjenayah yang melarikan diri dari penjara. Padahal gambar kita akan siap dicetak sebaik sahaja selesai menyaksikan tayangan 3D di skydome. Kalau dah nampak gambar tu tercetak, takkan nak biarkan muka kita ke tong sampah? Nak tak nak kenalah beli. Bukan murah, ada yang cecah sampai RM50. Kalau tak silap ada dua atau tiga photo booth sepanjang menaiki skycab. Nasib baiklah FL tak termakan dengan tipu daya mereka.

Junior sebenarnya dalam ketakutan tu, tp kontrol ohsem
Semasa FL sekeluarga menaiki skycab, cuaca agak redup seperti nak hujan. Bila tiba di middle station, dah tak berapa nampak apa sebab berkabus.

Middle station
Teruskan naik ke top station, langsung takde pemandangan apa. Dari top station hujan dah mula turun. Dalam sekelip mata sahaja hujan lebat pulak. Jadi kami sekeluarga pun teruslah turun ke base station.

Top station

Top station
Sampai je kat base station, Junior pun dah kepenatan dan mengantuk. Pekena sebotol susu. Terus tertido. Kami pun meneruskan perjalanan mencari makanan tengahari. Untuk bacaan lanjut mengenai skycab dan aktiviti berkaitan, sila klik Panorama Langkawi
via Android